Friday 29 May 2020

Doa Untuk Murah Rezeki

Assalamualaikum..

Doa merupakan senjata bagi seorang muslim. Setelah kita berusaha seharusnya kita berdoa dan mengharapkan hanya pada yang esa.. Tutur bicara yang baik juga merupakan satu doa, maka kita wajib menuturkan kata yang baik- baik.





Sebenarnya Allah sentiasa memberi kita rezeki yang mencukupi. Seharusnya kita mensyukuri setiap rezeki yang Allah berikan kepada kita. Tafsiran syukur berbeza bagi setiap indivudu.. Namun apa yang kita ada pada waktu ini sebenarya adalaah kurniaan dari Allah s.w.t.

Ada satu doa yang saya ingin berkongsi dengan pembaca semua, yang sentiasa saya amalkan. Boleh dibaca tidak kira di mana sahaja kita berada. 








Selain doa zikir yang boleh kita baca ..





Doa dan zikir ini boleh kita baca di mana sahaja kita berada. Semasa tengah memasak, menjaga anak, memandu ke tempat kerja, beriadah atau di mana sahaja kita berada..... Semoga Allah memudahkan segala urusan kita, dan memperbanyakkan lagi rezeki kita untuk kita syukuri... 

Semoga perkongsian ini membawa manfaat pada semua...




Salam Sayang....

Mommy Aulia
019-2574147
zatulshoppe@gmail.com


 

Persediaan Supplemen Semasa Hari Raya


Assalamualaikum....


         Tahun ni pastinya sambutan raya sangat berbeza dengan sambutan raya sebelumya , memandangkan negara kita masih dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akibat dari pendemik Covid 19.

         Namun itu tak bermakna kita tidak boleh beraya bersama keluarga kerana kerajaan sendiri sudah menetapkan syarat untuk sambutan Aidilfitri tahun ini. Apa yang penting, kita masih lagi dapat bersama keluarga walaupun terdapat kekangan dalam ziarah menziarahi sewaktu hari raya. 

         Biasaya pada hari raya tentu banyak juadah yang sedap-sedap dihidangkan. Yelah sudah sebulan berpuasa di bulan Ramadhan maka tibalah untuk kita meraikannya pada Syawal pula.. Pastinya ada lemang, rendang, ketupat, lontong, dan pelbagai lagi menu lain yang terhidang di atas meja. Dalam pada berhari raya jangan lupa menjaga kesihatan juga ye... 

        Maklumlah elok bulan Ramadhan berat badan turun, kolestrol turun, bacaan gula turun...tiba-tiba bila hari raya semua naik sebab tak jaga pemakanan.

        Jadi, persediaan suplemen memang perlu untuk menjaga kesihatan kita. Antara suplemen yang sendtiasa saya cadangkan pada customer atau untuk diri saya sendiri adalah :



  •  Omega Guard - membantu membakar lemak yang degil
  • Lecithin - membantu mengurangkan lemak dalam badan
  • Herb-Lax - membantu untuk detoks dan membantu pelawasan serta mengempiskan perut
  • Alfalfa Complex - mencuci usus dan membuang toksin

4 suplemen ini memang wajib saya ambil ketika berhari raya, sebab saya tak mahu berat saya naik secara mendadak. Bagi mereka yang mempunyai masalah kolestrol, Omega Guard ni wajib standby kat rumah ye..


Aidilfitri bukan sahaja hari untuk kita menyambut hari kemenangan kita setelah sebulan berpuasa. Aidilfitri juga adalah hari untuk kita mensyukuri nikmat yang Allah berikan pada kita walaupun di saat keadaan sukar untuk kita. 

Semoga kita semua sentiasa dalam lindungan Allah setiap masa.... InsyaAllah..



Salam Sayang.....

Mommy Aulia
019-2574147
Email : zatulshoppe@gmail.com

Call / whatsapp : 019 2574147 Email : zatulshoppe@gmail.com Add Fb saya : Nazatul Rahman Biz untuk chatting secara langsung dengan saya Klik Like di FanPage saya : Mommy Aulia

Mine coins - make money: http://bit.ly/money_crypto





Call / whatsapp : 019 2574147 Email : zatulshoppe@gmail.com Add Fb saya : Nazatul Rahman Biz untuk chatting secara langsung dengan saya Klik Like di FanPage saya : Mommy Aulia

Mine coins - make money: http://bit.ly/money_crypto
Call / whatsapp : 019 2574147 Email : zatulshoppe@gmail.com Add Fb saya : Nazatul Rahman Biz untuk chatting secara langsung dengan saya Klik Like di FanPage saya : Mommy Aulia

Mine coins - make money: http://bit.ly/money_crypto

Thursday 25 July 2019

ComeBack!

Assalamualaikum ...

Salam sayang untuk semua.. Lama sudah tidak bersiaran di sini... Lama juga tidak menjenguk blog kesayangan ini... Dek kerana kesibukan seharian.. Teringat dan rindu pula ingin berblogging semula.. Maka hari ini sis buka semula lembaran ini..

Sementara menunggu anakanda Aulia, sempatlah menulis serba sedikit di lembaran ini.. 


 
                                         Santai di sini sambil menikmati angin petang



         Setelah seharian kebizian dr pagi petang nye saya santai-santai sambil menikmati angin petang di sini.. sambil menunggu anakanda habis training taekwondonya. Sedari pagi penuh dengan kelas, bersambung pula dengan Teknik Menjawab untuk anak2 yang ingin menduduki peperiksaan SPM. Disulami pula dengan perjumpaan dengan Supervisor adik tranee yang datang selepas tamat teknik menjawab... fuh!! hari yang penuh dengan aktiviti . Sempat menjamah hanya sedikit bekalan sahaja tadi .. 

Namun saya bersyukur semua aktiviti hari ini berjalan dengan baik... Alhamdulillah.. Moga Allah berikan kemudahan dalam setiap yang saya lakukan ... Aamiin..





                                     Foto bersama adik trainee dan supervisornya 



Salam sayang,
Mommy Aulia
25/7/2019




 

Saturday 8 September 2018

UPM | Reg. Mode

Assalamualaikum...

Rasanya memang sudah lama tidak update blog kesayangan saya ini.. So now mode blogger kembali semula..

Tempat jatuh lagi kan dikenang ... inikan pula tempat menimba ilmu... hehe .. Baru-baru ni berkesempatan untuk ke Sesi reg. for new student in UPM... wow.. amazing... banyak perubahan yang berlaku di UPM... maklumlah dah lama tak menjejakkan kaki di UPM ... memori-memori terimbau semula waktu belajar di sini...

So now journey of a new student is begin....  Moga semua dipermudahkan ... aamiin...


                                                
                        Setelah medical checkup selesai, and all the form lengkap diisi, semua new student perlu ke sini apa nama hall ni tak ingat tapi yang pasti sebelah masjid UPM.. all new student ke sini untuk pendaftaran... Alhamdulillah, selesai hari ini untuk pendaftaran ... 
A new life as a studen is begin...  | 7 September 2018 |




Salam sayang,
-Mommy Aulia-

Thursday 10 August 2017

Makanan Tambahan Mampu Kurangkan Risiko Penyakit







Salam sayang,
Mommy Aulia

Call / whatsapp : 019 2574147

Bagaimana Nak Rawat Kulit Yang Kusam


Kulit Yang terlalu kering biasanya akan mudah menampakkan wajah Kita lebih tua dari usia yang sebenar... Begitu juga jika terlalu berminyak akan menampakkan kulit wajah berminyak dan tidak menyenangkan...


Oleh kerana itu ramai yang mencari pencuci muka yang boleh mengatasi keduanya... Namun apa yang saya perasan banyak faktor juga yang perlu dipertimbangkan... Antara faktor- faktor itu adalah ...


Cara hidup seharian
Ya, jika terdedah dengan panas terik , Tak mustahil kulit akan nampak berminyak kerana peluh... Jika duduk seharian di pejabat yang menggunakan pendingin udara juga akan menyebabkan kulit menjadi kering dan menggelupas. Elakkan juga tidur lewat Dan Tak tentu masa yang boleh menyebabkan kulit Kita menjadi Kusam.


Pengambilan air masak / air kosong
Ramai yang memilih air manis untuk hilangkan dahaga. Adakalanya jika terlalu manis juga menyebabkan kulit bermasalah tanpa Kita sedari. Pengambilan air kosong juga sebenarnya sangat penting untuk dapatkan kulit yang sihat.


Pemakanan
Apa yang Kita makan sebenarnya memberi kesan kepada kulit wajah. Ya pemakanan yang berminyak akan mudah menyebabkan kulit kita menjadi berminyak. Sebab it ada sesetengah yang menjaga kecantikan mengamalkan makan Vitamin C , Vitamin E dan B Complex untuk kulit yang cantik.


Penggunaan pencuci muka Dan alat kosmetik
Ya untuk menggunakan pencuci muka perlu ada kesesuaian bukan sebarangan. Bagia sekiranya ia dapat memenuhi keperluan kulit kita. Penggunaan alat kosmetik seperti foundation mungkin boleh menutup kusam kulit wajah kita tapi sayangnya ianya bukan asli. Selain it, makeup remover juga perlu digunakan untuk memastikan liang roma kulit tidak ditutup oleh foundation tadi..


Krim kulit
Ada sesetengah krim kulit membuatkan kulit lembap. Tapi sayangnya apabila bangun tidur menyebabkan kulit jadi terlalu berminyak. So kene tengok juga kondisi Kita dan persekitaran..

So, sebenarnya ada banyak faktor ... Semuanya kene pertimbangkan ...



Salam sayang,
Mommy Aulia

Call / WhatsApp : 019-2574147


Monday 7 August 2017

Short Trip | Langkawi ..

Assalamualaikum ...

Lama dah rasanya tak pergi bercuti dengan family... So ada kesempatan ni bolehla luangkan masa dengan family pergi bercuti .. Lokasi yang kami sekeluarga pilih adalah Pulau Langkawi .. Yeayy!!. Seronok dan teruja betul Aulia dan Aryan bila cakap nak pergi bercuti ... Bila lagi kan.. asyik sibuk dengan rutin kerja saja... inilah masanya nk luangkan masa dengan mereka..

Dengan kemudahan yang ada kami ke Pulau Lagkawi dengan menaiki kapal terbang.. Sampai di KLIA 2 agak awal, sementara nak tunggu boarding tu, kami alas perut dulu ..



KLIA 2

Memandangkan saya dan family sampai di Pulau Langkawi agak lewat malam, Aulia dan Aryan pun agak keletihan juga, terus kami checkin di hotel dan tidur....  tunggu untuk hari esok ye ....  hehe


Esok paginya, awal-awal lagi Aulia dah bangun. Teruja nak berjalan tepi pantai .. ambil udara pantai pagi-pagi .. saya pun teruja juga .. hehe .. lama dah tak jejak pasir pantai ... Lepas je jalan-jalan tepi pantai kami terus je pergi breakfast ... perut pun dah berkeroncong minta diisi .. lagi-lagi pembawakan budak ni ...


Lepas Breakfast, apa lagi ... jalan-jalan la sekitar Pulau Langkawi ... yang bestnya biasalah kalau berada di Pulau Langkawi ni memang tak sah kalau tak pergi tempat pinggan-pinggan mangkuk dan coklat ... mana lagi kalau bukan Idaman Suri dan HIG (Haji Ismail Group).. Haa ... kat sinilah sambil-sambil cuci mata sambil tu , sambil tengoklah apa yang berkenan di hati .. syiok kan .. Tak lupa juga singgah di Nusantara untuk membeli beberapa produk gamat yang memang terkenal di Langkawi ... 




Semasa di Pulau Langkawi ada satu makanan yang agak famous di sini.. 'Bronox' namanya ... first time saya dengar ... makanan ni dari spesies gamat juga tidak dimasak dan dibuat kerabu ... tak sempat nak snap gambar ... unik juga rasanya.. sempat lah rasa sikit .. hehe


Kalau berada di Langkawi  ni tak sah juga rasanya kalau tak pekena laksanya dan pasemboq.. aduss... sedapnye... 'Laksa Ikan Sekoq' .. lama dah nak makan ...




Haa.. ni dia laksa ikan sekoq... nampak tak ada ikan sekoq kat situ




Yang ni pasemboq... 

          makan tepi pantai dengan angin sepoi-sepoi bahasa .... memang syiok .... best!!


Banyak juga aktiviti yang boleh kita ikut semasa berada di Langkawi ni sebenarnya.. Hari ke 3 kami pergi "Island Hopping" dibawa melawat ke pulau-pulau yang ada di Langkawi , Seperti Pulau Dayang Bunting ... Pulau Lang Putih ... Pulau Beras kalau tak silap namanya... 

Seronoklah Aulia dan Aryan tengok the real burung Helang dari pelbagai spesies ... saya pun teruja juga .. hehe... dan berkesempatan juga mandi di Pulau Beras dalam beberapa waktu ... 




Island Hopping


Hari pun dah petang  waktu tu ... cuaca pun agak baik juga... kami terus ke Cabel Car. (Sky Cab) Sampai saja di sana.. hujan pun mula rintik-rintik, jadi kami batalkan hasrat nak naik cabel car tu (Sky Cab) ... tengok dari bawah je la....



Sky Cab


Banyak yang saya dan keluarga dapat sepanjang berada di Langkawi ni ... Especially Aulia dan Aryan la... mereka sangat teruja dan seronok... Selama 3 hari 2 malam di Pulau Langkawi tibalah masa untuk pulang ke Kuala Lumpur.. Malamnya kami siap-siap packing barang-barang yang ingin di bawa pulang ke Kuala Lumpur ...

Panjang umur dan ada kesempatan kita jumpa lagi .... Langkawi .... InshaAllah .....




Salam sayang,
Mommy Aulia