Thursday 10 August 2017

Bagaimana Nak Rawat Kulit Yang Kusam


Kulit Yang terlalu kering biasanya akan mudah menampakkan wajah Kita lebih tua dari usia yang sebenar... Begitu juga jika terlalu berminyak akan menampakkan kulit wajah berminyak dan tidak menyenangkan...


Oleh kerana itu ramai yang mencari pencuci muka yang boleh mengatasi keduanya... Namun apa yang saya perasan banyak faktor juga yang perlu dipertimbangkan... Antara faktor- faktor itu adalah ...


Cara hidup seharian
Ya, jika terdedah dengan panas terik , Tak mustahil kulit akan nampak berminyak kerana peluh... Jika duduk seharian di pejabat yang menggunakan pendingin udara juga akan menyebabkan kulit menjadi kering dan menggelupas. Elakkan juga tidur lewat Dan Tak tentu masa yang boleh menyebabkan kulit Kita menjadi Kusam.


Pengambilan air masak / air kosong
Ramai yang memilih air manis untuk hilangkan dahaga. Adakalanya jika terlalu manis juga menyebabkan kulit bermasalah tanpa Kita sedari. Pengambilan air kosong juga sebenarnya sangat penting untuk dapatkan kulit yang sihat.


Pemakanan
Apa yang Kita makan sebenarnya memberi kesan kepada kulit wajah. Ya pemakanan yang berminyak akan mudah menyebabkan kulit kita menjadi berminyak. Sebab it ada sesetengah yang menjaga kecantikan mengamalkan makan Vitamin C , Vitamin E dan B Complex untuk kulit yang cantik.


Penggunaan pencuci muka Dan alat kosmetik
Ya untuk menggunakan pencuci muka perlu ada kesesuaian bukan sebarangan. Bagia sekiranya ia dapat memenuhi keperluan kulit kita. Penggunaan alat kosmetik seperti foundation mungkin boleh menutup kusam kulit wajah kita tapi sayangnya ianya bukan asli. Selain it, makeup remover juga perlu digunakan untuk memastikan liang roma kulit tidak ditutup oleh foundation tadi..


Krim kulit
Ada sesetengah krim kulit membuatkan kulit lembap. Tapi sayangnya apabila bangun tidur menyebabkan kulit jadi terlalu berminyak. So kene tengok juga kondisi Kita dan persekitaran..

So, sebenarnya ada banyak faktor ... Semuanya kene pertimbangkan ...



Salam sayang,
Mommy Aulia

Call / WhatsApp : 019-2574147


No comments:

Post a Comment