Thursday 10 August 2017

Makanan Tambahan Mampu Kurangkan Risiko Penyakit







Salam sayang,
Mommy Aulia

Call / whatsapp : 019 2574147

Bagaimana Nak Rawat Kulit Yang Kusam


Kulit Yang terlalu kering biasanya akan mudah menampakkan wajah Kita lebih tua dari usia yang sebenar... Begitu juga jika terlalu berminyak akan menampakkan kulit wajah berminyak dan tidak menyenangkan...


Oleh kerana itu ramai yang mencari pencuci muka yang boleh mengatasi keduanya... Namun apa yang saya perasan banyak faktor juga yang perlu dipertimbangkan... Antara faktor- faktor itu adalah ...


Cara hidup seharian
Ya, jika terdedah dengan panas terik , Tak mustahil kulit akan nampak berminyak kerana peluh... Jika duduk seharian di pejabat yang menggunakan pendingin udara juga akan menyebabkan kulit menjadi kering dan menggelupas. Elakkan juga tidur lewat Dan Tak tentu masa yang boleh menyebabkan kulit Kita menjadi Kusam.


Pengambilan air masak / air kosong
Ramai yang memilih air manis untuk hilangkan dahaga. Adakalanya jika terlalu manis juga menyebabkan kulit bermasalah tanpa Kita sedari. Pengambilan air kosong juga sebenarnya sangat penting untuk dapatkan kulit yang sihat.


Pemakanan
Apa yang Kita makan sebenarnya memberi kesan kepada kulit wajah. Ya pemakanan yang berminyak akan mudah menyebabkan kulit kita menjadi berminyak. Sebab it ada sesetengah yang menjaga kecantikan mengamalkan makan Vitamin C , Vitamin E dan B Complex untuk kulit yang cantik.


Penggunaan pencuci muka Dan alat kosmetik
Ya untuk menggunakan pencuci muka perlu ada kesesuaian bukan sebarangan. Bagia sekiranya ia dapat memenuhi keperluan kulit kita. Penggunaan alat kosmetik seperti foundation mungkin boleh menutup kusam kulit wajah kita tapi sayangnya ianya bukan asli. Selain it, makeup remover juga perlu digunakan untuk memastikan liang roma kulit tidak ditutup oleh foundation tadi..


Krim kulit
Ada sesetengah krim kulit membuatkan kulit lembap. Tapi sayangnya apabila bangun tidur menyebabkan kulit jadi terlalu berminyak. So kene tengok juga kondisi Kita dan persekitaran..

So, sebenarnya ada banyak faktor ... Semuanya kene pertimbangkan ...



Salam sayang,
Mommy Aulia

Call / WhatsApp : 019-2574147


Monday 7 August 2017

Short Trip | Langkawi ..

Assalamualaikum ...

Lama dah rasanya tak pergi bercuti dengan family... So ada kesempatan ni bolehla luangkan masa dengan family pergi bercuti .. Lokasi yang kami sekeluarga pilih adalah Pulau Langkawi .. Yeayy!!. Seronok dan teruja betul Aulia dan Aryan bila cakap nak pergi bercuti ... Bila lagi kan.. asyik sibuk dengan rutin kerja saja... inilah masanya nk luangkan masa dengan mereka..

Dengan kemudahan yang ada kami ke Pulau Lagkawi dengan menaiki kapal terbang.. Sampai di KLIA 2 agak awal, sementara nak tunggu boarding tu, kami alas perut dulu ..



KLIA 2

Memandangkan saya dan family sampai di Pulau Langkawi agak lewat malam, Aulia dan Aryan pun agak keletihan juga, terus kami checkin di hotel dan tidur....  tunggu untuk hari esok ye ....  hehe


Esok paginya, awal-awal lagi Aulia dah bangun. Teruja nak berjalan tepi pantai .. ambil udara pantai pagi-pagi .. saya pun teruja juga .. hehe .. lama dah tak jejak pasir pantai ... Lepas je jalan-jalan tepi pantai kami terus je pergi breakfast ... perut pun dah berkeroncong minta diisi .. lagi-lagi pembawakan budak ni ...


Lepas Breakfast, apa lagi ... jalan-jalan la sekitar Pulau Langkawi ... yang bestnya biasalah kalau berada di Pulau Langkawi ni memang tak sah kalau tak pergi tempat pinggan-pinggan mangkuk dan coklat ... mana lagi kalau bukan Idaman Suri dan HIG (Haji Ismail Group).. Haa ... kat sinilah sambil-sambil cuci mata sambil tu , sambil tengoklah apa yang berkenan di hati .. syiok kan .. Tak lupa juga singgah di Nusantara untuk membeli beberapa produk gamat yang memang terkenal di Langkawi ... 




Semasa di Pulau Langkawi ada satu makanan yang agak famous di sini.. 'Bronox' namanya ... first time saya dengar ... makanan ni dari spesies gamat juga tidak dimasak dan dibuat kerabu ... tak sempat nak snap gambar ... unik juga rasanya.. sempat lah rasa sikit .. hehe


Kalau berada di Langkawi  ni tak sah juga rasanya kalau tak pekena laksanya dan pasemboq.. aduss... sedapnye... 'Laksa Ikan Sekoq' .. lama dah nak makan ...




Haa.. ni dia laksa ikan sekoq... nampak tak ada ikan sekoq kat situ




Yang ni pasemboq... 

          makan tepi pantai dengan angin sepoi-sepoi bahasa .... memang syiok .... best!!


Banyak juga aktiviti yang boleh kita ikut semasa berada di Langkawi ni sebenarnya.. Hari ke 3 kami pergi "Island Hopping" dibawa melawat ke pulau-pulau yang ada di Langkawi , Seperti Pulau Dayang Bunting ... Pulau Lang Putih ... Pulau Beras kalau tak silap namanya... 

Seronoklah Aulia dan Aryan tengok the real burung Helang dari pelbagai spesies ... saya pun teruja juga .. hehe... dan berkesempatan juga mandi di Pulau Beras dalam beberapa waktu ... 




Island Hopping


Hari pun dah petang  waktu tu ... cuaca pun agak baik juga... kami terus ke Cabel Car. (Sky Cab) Sampai saja di sana.. hujan pun mula rintik-rintik, jadi kami batalkan hasrat nak naik cabel car tu (Sky Cab) ... tengok dari bawah je la....



Sky Cab


Banyak yang saya dan keluarga dapat sepanjang berada di Langkawi ni ... Especially Aulia dan Aryan la... mereka sangat teruja dan seronok... Selama 3 hari 2 malam di Pulau Langkawi tibalah masa untuk pulang ke Kuala Lumpur.. Malamnya kami siap-siap packing barang-barang yang ingin di bawa pulang ke Kuala Lumpur ...

Panjang umur dan ada kesempatan kita jumpa lagi .... Langkawi .... InshaAllah .....




Salam sayang,
Mommy Aulia

Tuesday 25 July 2017

Diabetes Semasa Hamil (GDM)



Image result for gambar ibu hamil

Kandungan Lina masuk minggu ke-25. Semasa pemeriksaan kesihatan rutin, dia diminta mengambil Ujian Cabaran Glukos (GCT). Dia mengambil minuman yang mengandungi 50g glukosa dan sampel darah diperoleh daripada lengannya sejam kemudian. 

Beberapa hari kemudian doktor memaklumkan bahawa paras glukosa dalam darahnya lebih tinggi dari paras normal. Lina mungkin mengalami diabetes kehamilan (Gestational Diabetes Mellitus, GDM). 

Lina perlu kembali ke klinik untuk mengesahkannya dengan Ujian Toleransi Glukosa Oral (OGTT). Tiga hari kemudian, selepas berpuasa selama 8 jam, Lina datang semula ke klinik pada awal pagi. 

Dia diberi minuman glukosa yang lebih tinggi kepekatannya dan sampel darahnya diambil sebelum dan pada setiap jam untuk tempoh dua jam. Keputusan ujian itu mengesahkan bahawa Lina menghidap GDM. 

Lina bingung. Dia sangat prihatin tentang pemakanannya. “Apakah GDM dan bagaimana ia dapat menjejaskan keadaan saya dan bayi saya?” Lina berfikir. 


Image result for gambar ibu hamil dan bayiGDM 

Diabetes Kehamilan atau biasanya dipanggil sebagai GDM merupakan satu keadaan serius yang berlaku kepada wanita hamil yang sebelum ini tidak mengetahui ada menghidap diabetes, tetapi kini mempunyai paras glukosa darah yang lebih tinggi dari paras mereka yang hamil normal. 

GDM biasanya dikesan pada minggu ke 24 hingga minggu ke 28 kehamilan dan berlaku kepada hampir 20 peratus wanita hamil setiap tahun. Jika tidak dirawat, GDM boleh menyebabkan komplikasi yang serius kepada ibu dan bayi yang dikandung. 

GDM mungkin berlaku kerana anda sudah menghidap diabetes (paras glukosa darah yang tinggi) sebelum hamil dan ini telah menjadi lebih nyata akibat stres daripada kehamilan. 

Walau bagaimanapun, lebih kurang 90 peratus daripada kes GDM terjadi apabila badan anda tidak berupaya untuk menggunakan insulin dengan berkesan (hormon yang dihasilkan oleh pankreas untuk membolehkan glukosa masuk ke dalam sel-sel badan) ketika kehamilan. 

Ini mungkin terjadi disebabkan oleh plasenta (organ yang membekalkan zat pemakanan kepada bayi melalui tali pusat) mula mengeluarkan hormon-hormon yang menghalang insulin untuk berfungsi secara berkesan. 

Plasenta anda akan membesar pada trimester kedua dan ketiga, di mana lebih banyak hormon penghalang dikeluarkan dan seterusnya menyebabkan rintangan yang lebih tinggi terhadap tindakan insulin. 

Lazimnya, pankreas anda akan bertindak balas dengan menghasilkan insulin tambahan untuk menangani rintangan tersebut. Bagaimanapun, anda mungkin memerlukan lebih tiga kali ganda insulin dari keadaan biasa. 

Hasilnya, glukosa yang diserapkan ke dalam sel-sel badan menjadi terlalu sedikit dan glukosa yang tertinggal di dalam aliran darah pula meningkat tinggi. 



GDM adalah berbahaya 

GDM, jika tidak diurus dengan baik boleh membahayakan bayi anda. 

Paras glukosa darah yang tinggi dalam aliran darah anda boleh memasuki plasenta, dan menyebabkan bayi anda juga mengalami paras glukosa darah yang tinggi. 

Oleh kerana itu, pankreas bayi anda turut bertindak menghasilkan insulin tambahan untuk merendahkan paras glukosa darah yang tinggi. 

Bayi akan mendapat tenaga (dalam bentuk glukosa) yang berlebihan dari yang diperlukannya, dan tenaga lebihan ini akan tersimpan sebagai lemak badan yang akan menyebabkan makrosomia (didefinisikan sebagai bayi yang lahir dengan berat 4.0kg atau lebih). 

Jika bayi anda mengalami makrosomia, dia berkemungkinan akan menghadapi masalah kesihatan yang serius seperti kecederaan di bahu semasa kelahiran. 

Walaupun tidak mempunyai makrosomia yang nyata, bayi anda mungkin mempunyai paras glukosa darah yang sangat rendah (hipoglisemia) selepas dilahirkan, masalah pernafasan dan penyakit kuning (jaundis) yang berlarutan. 

Bayi anda juga berisiko untuk menjadi obes dan menghidap diabetes jenis 2 apabila dewasa kelak. 

GDM juga boleh mendatangkan masalah kepada ibu. Dalam kebanyakan kes, jika bayi anda besar, anda akan mengalami kerumitan ketika melahirkan bayi dan anda mungkin perlu menjalani pembedahan caesarean. 

Anda juga berisiko tinggi mendapat praeklampsia (berkait dengan peningkatan tekanan darah yang tinggi yang boleh menjadi serius, sehingga membahayakan keadaan bayi dan diri anda) semasa kehamilan. 

Anda juga lebih mudah untuk mendapat GDM lagi semasa kehamilan akan datang. Menurut Institut Kesihatan Kebangsaan Amerika Syarikat, wanita yang pernah mengalami GDM mempunyai 20 hingga 50 peratus kemungkinan untuk mendapat diabetes jenis 2 dalam tempoh 5 hingga 10 tahun selepas kehamilan. 

Walau bagaimanapun, ini boleh dicegah – seperti yang telah dibuktikan dalam beberapa kajian ternama yang menunjukkan bahawa pengubahsuaian gaya hidup sahaja atau dengan penambahan ubat-ubatan oleh individu yang berisiko tinggi (termasuk wanita yang menghidap GDM) dapat mengurangkan sehingga 58 peratus risiko menghidap diabetes jenis 2. 


Merawat GDM 

Bagaimanapun, anda tidak perlu risau kerana GDM boleh diurus dan dirawat. 

Rawatan untuk GDM termasuklah mengambil langkah-langkah untuk memastikan paras glukosa darah anda sentiasa berada di paras normal ketika mengandung. 

Doktor akan menasihatkan anda supaya mengikuti pelan pemakanan yang sesuai dan juga meningkatkan aktiviti fizikal supaya paras glukosa darah yang tinggi dapat dikurangkan. 

Anda juga perlu memantau paras glukosa darah anda dengan kerap (secara ideal, 4 hingga 6 kali sehari) bagi memastikan paras glukosa darah sentiasa berada di tahap yang normal. 

Sesetengah wanita yang menghidap GDM mungkin memerlukan suntikan insulin, selain daripada amalan pemakanan sihat dan bergiat aktif dalam aktiviti fizikal, untuk mencapai paras glukosa darah yang disarankan. 

Ubat antidiabetik secara amnya tidak disarankan ketika mengandung. Tetapi, terdapat kajian-kajian terkini yang menunjukkan bahawa sesetengah agen hipoglisemik oral (OHA) adalah selamat untuk digunakan ketika hamil. 

Doktor mungkin mempreskripsikan salah satu ubat-ubatan ini jika peningkatan paras glukosa darah anda tidak terlalu tinggi. 

Berita baiknya, pemantauan paras glukosa darah yang kerap di samping mengamalkan diet sihat dan kerap bersenam adalah sudah cukup untuk mengawal GDM anda sekali gus dapat mengurangkan risiko terhadap anda dan bayi. 

Selepas bayi anda dilahirkan dan hormon plasenta sudah tidak lagi mengalir dalam badan anda, paras glukosa dalam darah anda biasanya akan kembali ke paras normal (melainkan jika paras glukosa anda sememangnya sudah tinggi, tetapi tidak disedari, sebelum hamil). 

Oleh itu, anda tidak perlu berasa terlalu bimbang terhadap keadaan ini, namun begitu, anda perlu menjaga diri dengan baik dan nikmatilah kehamilan. 


Adakah anda berisiko? 

Anda berisiko tinggi menghidap GDM jika: 

- Berumur 25 tahun atau lebih 
- Ahli keluarga terdekat seperti ibu bapa atau adik-beradik, menghidap diabetes jenis 2 
- Anda menghidap GDM ketika kehamilan yang lalu 
- Anda mempunyai berat badan yang berlebihan sebelum anda hamil 
- Anda pernah melahirkan bayi yang mati dalam kandungan atau melahirkan bayi yang mempunyai berat lebih 4kg ketika kehamilan terdahulu. 

Doktor akan menjalankan ujian cabaran glukosa ke atas anda untuk mengesan GDM sama ada semasa lawatan pertama jika anda berisiko tinggi atau pada minggu ke 24 hingga 28kehamilan, jika risiko anda tidak begitu tinggi. 

Anda akan diberikan minuman berglukosa dan selepas itu (biasanya sejam kemudian), sampel darah akan diambil untuk menentukan paras glukosa darah. 

Bacaan di bawah 7.8 mmol/L biasanya dianggap normal untuk ujian cabaran glukosa ini tetapi doktor mungkin akan mengulangi ujian tersebut jika anda berisiko tinggi. 

Jika paras glukosa darah anda tidak dalam lingkungan normal, anda akan dikehendaki mengambil OGTT untuk mengesahkan sama ada anda menghidapi GDM. 

Prof. Mustaffa Embong ialah Pakar Perunding Diabetes, Institut Diabetes Negara (NADI). 




Monday 15 May 2017

Happy Mother's Day & Happy Teacher's Day !

Assalamualaikum...

Dah lama rasanya tak bersiaran di blog kesayangan saya ni. 

Selamat Hari guru untuk rakan-rakan guru... Saya ucapkan sempena Hari guru Pada Hari ni 16 Mei 2017. 

Teruja Aulia Hari ni nak sambut Hari guru di sekolah. Siap berpakaian baju kurung Dan usai bersarapan susu bersama Meal Shake Aulia bernyanyi-nyanyi kecil menyanyikan Lagu untuk persembahannya nanti. Katanya akan buat persembahan nanti ..  
Memang setiap pagi sebelum ke sekolah saya akan sediakan susu bersama Meal Shake untuk Aulia , supaya akan berasa kenyang sementara menunggu waktu rehat. 

Oh ye ... Semalam sampai je rumah setelah pulang Dari kerja, dapat kad yang comel ni, made by Aulia.... Terharu sungguh mama .. terus hilang rasa penat ... Hehe ..





                            Happy Mother's Day card from my beloved Aulia




                                       

Salam sayang,
Mommy Aulia


Thursday 23 March 2017

Mak Abah Saya Pilih Shaklee!!

Assalamualaikum ...


Mak dan abah saya dah mula suka vitamin Shaklee ..

Sebenarnya dah lama saya beri mak dan abah  saya amalkan vitamin Shaklee, dan mereka dah mula sukakan vitamin Shaklee ni ... Lagi-lagi apabila pulang dari menunaikan Umrah..

Memang saya bekalkan Vitamin Shaklee untuk mak dan abah sepanjang menunaikan Umrah .. Alhamdulillah sepanjang berada di Tanah Suci dapat menunaikan Ibadah dengan baik ... dan dalam keadaan sihat..



Testimoni mak tadi,


" Biasanya mak selepas makan makanan laut, akan mula rasa gatal-gatal, di kulit, mata pun kadang rasa gatal. Memang allergi dengan makanan laut. Tapi bila amalkan vitamin Shaklee ni mak dah tak risau kalau makan makanan laut. Dah boleh dah menikmati makanan laut.. dah tak rasa gatal dah .. "


So dah alang-alang tanya juga kat mak, vitamin apa yang mak belum ada lagi senang nak stockup sekali gus nanti. Mak dah mula sebut banyak vitamin. Tapi yang penting mak tetap pilih Shaklee!! 


Shaklee memang bagus ... mak cakap..


Anda ada testimoni vitamin yang diberi pada mak ayah? Jomlah share, supaya ramai lagi anak yang mampu berbakti pada mak ayah dengan membekalkan vitamin yang sihat kepada mereka!!


Nak order Vitamin Shaklee boleh call atau whatsapp saya ye..


Salam sayang,
Mommy Aulia





                     Call / Whatsapp : 0192574147                          

                     Email : zatulshoppe@gmail.com                          

        Add fb saya : Nazatul Rahman Biz untuk chatting secara langsung dengan saya.                                              
                           Klik Like di FanPage saya : Mommy Aulia                              





     PENGHANTARAN KE SELURUH MALAYSIA             

COD AREA : MERU, KAPAR, BUKIT KAPAR, PUNCAK ALAM, PUNCAK PERDANA, KLANG SENTRAL, SETIA ALAM, SHAH ALAM, BUKIT RAJA KLANG. KL SENTRAL . 


Orang Yang Sihat Boleh Makan Vitamin?



Mungkin ada yang bertanya. Kalau orang sihat dan memang sihat ada ke vitamin yang boleh diamalkan setiap hari?


Jawapannya ada.


Ambil yang basic sahaja.


ESP - membina dan membaiki protein sel

Vitalea - Multivitamin yang lengkap dengan zat besi

B Complex - Untuk bina sel darah merah , anti stress dan penstabil emosi

Vitamin C - Meningkatkan sistem imun, penghapus radikal bebas, penting untuk kolagen tubuh.








Orang yang sihat boleh makan vitamin untuk kekal sihat. Kesan utama yang nampak bila orang yang sihat makan vitamin? Sekurang-kurangnya rasa lebih bertenaga dan skin pun nampak lebih cantik tau!


So kenapa tak nak cuba kan?


Boleh call atau wassap saya untuk order.





             Call / Whatsapp : 0192574147                          

            Email : zatulshoppe@gmail.com                          

        Add fb saya : Nazatul Rahman Biz untuk chatting secara langsung dengan saya.                                              
                   Klik Like di FanPage saya : Mommy Aulia                              





     PENGHANTARAN KE SELURUH MALAYSIA             

COD AREA : MERU, KAPAR, BUKIT KAPAR, PUNCAK ALAM, PUNCAK PERDANA, KLANG SENTRAL, SETIA ALAM, SHAH ALAM, BUKIT RAJA KLANG. KL SENTRAL . 




Shaklee Minuman Kesihatan Seisi Keluarga





Assalamualaikum ...


Dah menjadi kebiasaan saya jam 10.00 malam adalah waktu untuk anak-anak tidur. Sebelum tidur seperti biasa saya akan bancuhkan susu bersama Meal Shake untuk anak-anak.

Ya satu sebab adalah untuk pastikan anak-anak minum cukup air at least segelas sebelum tidur. Biasanya saya akan campurkan Meal Shake dengan susu lah pada waktu malam sebelum tidur.


Image result for shaklee triple gem


Oh ya minuman ini juga lah yang anak-anak saya ambil pada waktu pagi sebelum ke sekolah. (campurkan susu dan Meal Shake), dan kebiasaanya pada waktu pagi saya tambahkan dengan Vitalea For Children untuk Aulia dan Aryan.






Kami jadikan amalan supaya mereka boleh bertahan untuk tunggu makan pagi atau terus ke lunch bagi Aulia.


Kenyang ke?


Ya ianya mengenyangkan. 


Supplement ini lengkap untuk tumbesaran mereka kerana Meal Shake sebagai Multivitamin yang lengkap dengan serat dan zat galian. Performance Drink membantu mengekalkan ion dalam tubuh dan kestabilan elektrolit dalam badan.


Saya dan suami juga minum yang sama pada waktu pagi . Kami minum ESP dan Performance drink dan tambahkan dengan Vivix. 


Jika mencari supplement untuk anak-anak yang tak pandai telan vitamin tablet atau tak suka makan vitamin tablet boleh introduce supplement ni.  


Alhamdulillah ia membantu anak kita sihat dan bertenaga. Paling utama membantu tubuh mereka mendapat zat yang secukupnya untuk tumbesaran mereka. 


Berminat nak dapatkan vitamin ni?


Boleh hubungi kami untuk maklumat lebih lanjut.





              Call / Whatsapp : 0192574147                          

            Email : zatulshoppe@gmail.com                          

        Add fb saya : Nazatul Rahman Biz untuk chatting secara langsung dengan saya.                                              
                   Klik Like di FanPage saya : Mommy Aulia                              





     PENGHANTARAN KE SELURUH MALAYSIA             

COD AREA : MERU, KAPAR, BUKIT KAPAR, PUNCAK ALAM, PUNCAK PERDANA, KLANG SENTRAL, SETIA ALAM, SHAH ALAM, BUKIT RAJA KLANG. KL SENTRAL .