Tuesday 18 October 2016

Kesan Buruk Pengunaan Gajet Berlebihan Terhadap Kanak-Kanak


Image result for gadget dan kanak-kanak






Akademi Pediatrik Amerika dan Persatuan Pediatrik Kanada menyatakan kanak-kanak dari 0-2 tahun tidak sepatutnya didedahkan pada teknologi, 3-5 tahun dibenarkan hanya sejam sehari, dan 6-18 tahun hanya 2 jam sehari.



Bagaimana pun kanak-kanak dan remaja dibenarkan menggunakan gajet oleh ibu-bapa mereka pada jangka masa 4 hingga 5 kali ganda, dari yang disyorkan dengan kesan yang serius dan mengancam nyawa.


Kanak-kanak dilahirkan dalam keadaan yang tidak mengetahui apa-apa seperti yang selalu disebut-sebut dalam masyarakat “anak ibarat kain putih”. Oleh itu, menjadi tugas ibubapa dalam membentuk dan mencorak anak-anak tersebut sama ada baik atau buruknya budi pekerti mereka. 


Firman Allah s.w.t di dalam surah An-Nahl ayat 78 yang bermaksud:

“Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun, dan Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati akal fikiran, supaya kamu bersyukur.”
 




Dari pemerhatian  saya , sebenarnya tak sihat sangat jika kanak-kanak dibiarkan sahaja bermain lebih dari 5 jam dan terdapat beberapa masalah terhadap mereka. Antaranya



Cepat rabun

Sekarang ini tak pelik kalau lihat kanak-kanak usia 6 tahun dah pakai cermin mata dan "power" cermin matanya juga tinggi. Kerana mereka di biarkan menggunakan komputer dan gadget dengan kerap. Kanak-kanak ini biasanya menumpukan dengan permainan yang bersungguh-sungguh dan dengan jarak penglihatan yang dekat.


Kurang keyakinan diri

Segelintir kanak-kanak apabila ingin membuat sesuatu meraka akan rasa ragu-ragu. Pertanyaan bila "boleh ke saya buat nie ? " dan ada yang cakap kalau kat "game" bolehlah. Pernah saya tanya pelajar sekolah di kem motivasi. Bila di tanya mereka memang menghabiskan main gadget di rumah lebih dari 5 jam.Mereka tidak mempunyai keyakinan untuk jadi ketua mahupun lakukan aktiviti dengan ragu-ragu. Ini kerana apa ? kerana mereka tiada terbiasa dengan aktiviti luar dan persekitaran luar.


Kelemahan interpersonal komunikasi

Komunikasi yang baik dapat memastikan mesej itu sampai mengikut kefahaman individu. Jika terlalu banyak menghabiskan masa bersama gadget mereka ianya membuat kemahiran itu semakin terhakis. Bila bersama dengan sanak saudara semuanya senyap, tak tahu nak bercakap apa ,masing-masing sibuk dengan gadget. Komunikasi yang terhad dan hanya tertentu sahaja. Dan proses komunikasi 2 hala itu akan terhalang dan di menghadkan mereka membina kemahiran komunikasi sesuai dengan peringat umurnya.

Selain itu perkembangan bahasa mereka lemah dan mereka kurang bercakap, kurang bergaul dan berada dalam dunia sendiri. 


Beberapa kajian berulangkali mengingatkan bahawa penggunaan tablet secara berlebihan pada anak dapat menyebabkan kesukaran perkembangan dan masalah termasuk autisme atau sukar memfokuskan perhatian. 

Sebenarnya banyak lagi yang ingin di kongsikan , sekarang ini nak ke sekolah ,jadi terhad sedikit, nanti saya kongsikan lagi kepada semua di bahagian kedua. Tak salah nak berikan gadget kepada anak-anak tetapi ....



Salam sayang ....
Mommy Aulia 

No comments:

Post a Comment