Ramadhan sudah menjelma.. mesti ibu-ibu yang menyusukan di luar sana nak tahu apa menu bersahur yang terbaik untuk ibu-ibu kan... Di samping kita berpuasa sudah tentunya perlukan nutrisi yang mencukupi untuk berikan yang terbaik untuk anak-anak kan.... Hari ini saya nak berkongsi menu bersahur terbaik untuk ibu yang menyusu ..
KURMA
Seperti di dalam Hadith
"Sebaik-baik makanan untuk sahur adalah tamar / kurma"
BUAH-BUAHAN
Sediakan pada sebelah malam untuk menjimatkan masa
GREEN SMOOTHIE / JUS
Makanan yang berwarna hijau akan menambah kandungan lemak di dalam susu badan dan akan memberi kita lebih TENAGA. Blend Bayam, mangga, pisang, nenas, vanilla yourt, fresh milk pada sebelah malam dan hidangkan di waktu sahur.
Boleh juga buat jus kurma. Cuma perlu buah kurma dan fresh milk .... yummeh!! sedap!!
OAT
Dapat memberi tenaga yang lebih lama
TELUR SEPARUH MASAK / TELUR REBUS
Kaya dengan protein dan Omega 3
ENERGISING SOY PROTEIN (ESP)
Memberi rasa kenyang lebih lama dan bertenaga lebih lama
AIR
Elakkan dari minum air dengan banyak sewaktu sahur, tetapi kerapkan pengambilan air selepas Maghrib sepanjang malam ..
No comments:
Post a Comment