Saturday 1 November 2014

Apa Itu Healing Crisis


Healing Crisis kalau diterjemahkan dalam Bahasa Melayu ialah Krisis Pemulihan


Apa itu Healing Crisis atau Krisis Pemulihan?


Sesetengah orang akan melalui suatu jangkamasa penyesuaian apabila mula mengambil supplement dietary. Simptom-simptom ini kelihatan seperti penyakit, tetapi sebenarnya tidak. Ianya adalah tindakbalas oleh tubuh kita kerana kekurangan khasiat disebabkan tabiat pemakanan kita. Apabila makanan berkhasiat dibekalkan dengan mengejut oleh supplement, krisis pemulihan terjadi.


Sewaktu jangkamasa penyesuaian ada kemungkinan penyakit-penyakit yang pernah dilalui oleh tubuh dahulu akan timbul kembali. Biasanya ia akan terjadi untuk beberapa hari, walaubagaimana pun tubuh yang lemah akan mengambil masa yang lebih lama untuk pulih.


Keadaan ini disebabkan oleh toksin yang telah bertimbun di dalam tubuh kita untuk jangkamasa yang lama, sisa-sisa makanan berkimia, lemak dan stress ditambah dengan diet tak seimbang, kurang tidur, antibiotic atau pengambilan ubat-ubatan. Supplement dietry membantu meningkatkan system imun kita, kebolehan detoksifikasi serta pengawalan organ-organ kita.


Pada waktu detoksifikasi ini, ada kemungkinan pening, kelesuan, sakit kepala, ketidakhadaman (perut kembung, lapar), cirit-birit, kahak berlebihan , kencing yang keruh, berasa hangat, berpeluh, dan lain-lain. Simptom-simptom ini berbeza antara individu dan akan berlalu 1 hingga 2 minggu.


Di waktu jangkamasa krisis pemulihan ini, minumlah banyak air bersih, rehat secukupnya, dan makanlah lebih sayuran dan buah-buahan. Selagi mana kita memahami ini adalah symptom pemulihan, kita akan mudah melalui fasa ini.







No comments:

Post a Comment