Monday 14 July 2014

Jika Anak Demam Panas

Sila baca..... sila baca.... tak rugi pun mommy....

Jika anak demam pastikan anak itu dimandikan 3 kali sehari supaya panasnya keluar.... Masa belajar sains dulu ada topik kenapa air panas  dalam cawan teh akan sejuk beberapa minit? Ini kerana haba panas akan bergerak mencari kawasan sejuk....

Samalah dengan suhu badan yang panas tadi....

  • Bila selsema....... tetap mandikan 3 kali sehari, supaya bila selepas mandi, lender itu akan keluar. Namun sayangnya ramai ibu-ibu hari ini ingat , bila selsema anak jangan dimandikan. Apabila ini berlaku..... anak mudah berkahak sehingga sesak nafas...Ibu cuba praktikkan bila anak ada selsema... Alhamdulillah... maksimum  kena pun 3 hari...

  • Batuk..... Tetap mandikan 3 kali sehari supaya panasnya keluar... dan bila tidur malam sapukan minyak telon atau pun minyak yuu yee di belakang badan anak dalam jam antara 1-3 pagi... Insha Allah.... Kahaknya akan beransur baik... Jika minyak terlalu panas, campurkan sedikit dengan minyak kelapa atau minyak zaitun sebelum diurut pada badan anak. (Tips dari Dr. Fairuz : Bila kahaknya dah longgar, tepuk belakang anak everytime dia batuk takpe dia muntah lebih baik jadi semua lender-lender tu keluar.

  • Waktu mandi yang sesuai untuk anak ialah jam 8 pagi, selepas zohor dan sebelum jam 7 malam. Mandikan dengan air suam dan sapukan minyak panas selepas mandi supaya dada tidak mudah sejuk dan diserang selsema.

  • Biasakan selepas mandi, sapukan minyak panas pada ubun-ubun anak, belakang telinga, tapak tangan, dada, belakang dada serta betis dan tapak kaki. Ini membantu melancarkan peredaran darah anak juga secara tak langsung.







Kalau orang dulu, demam,  batuk  dan selsema tak bagi mandi.... jadi panas tu akan terperap dalam badan dan lama kelamaan akan menyumbang kepada keadaan yang lebih teruk.... Zaman dah berubah, bidan pun belajar sains dan teknologi.. Even, doktor turut pesan... jika anak demam , pasangkan aircond di rumah jika ada, supaya suhu sejuk dan rumah tidak berkuap..

Bagi ibu yang menyusukan anak dengan susu ibu, menjadi satu kelebihan dengan kerap menyusukan anak semasa anak dalam fasa tidak sihat supaya anak menjadi lebih bertenaga dan antibody yang dibekalkan mampu melawan penyakit dengan cepat. Maka, buat ibu baru, jangan panic, banyakkan membaca pasti luas pengetahuan.

Bagi ibu-ibu yang masih mencari makanan tambahan bagi membantu menguatkan antibodi anak-anak yang selalu demam boleh klik Sini

Dah baca tolong share tau.... maklumat ini mungkin membantu ibu-ibu yang lain....

No comments:

Post a Comment