Friday 19 September 2014

Kulit selepas pembedahan caesarean



Kata orang luka pembedahan caesarean lepas bersalin sukar dijaga. Banyak pantang larang yang mesti dipatuhi untuk memastikan lukanya benar-benar sembuh. Luka pembedahan memerlukan penjagaan rapi kerana ia melibatkan luka dalaman yang sebenarnya  mengambil masa untuk sembuh kembali.





Selepas beberapa bulan sembuh dari luka pembedahan Caesarean, kebanyakan ibu mengadu mudah merasa gatal di sekitar kulit bahagian dibedah. Adakah ia perkara normal? Sebenarnya jika ditanya kepada ibu yang melahirkan secara pembedahan Caesarean, mereka mengakui merasa kesan tersebut.




 
 
 
Namun begitu jangan bimbang, kerana hal tersebut adalah masalah normal yang dialami oleh ibu yang melahirkan secara pembedahan Caesarean. Menurut Pakar Dermatologi di University of Cincinnati, apa yang dialami oleh para ibu tersebut adalah kerana saraf-saraf yang terpotong, ketika proses pembedahan mula bersambung kembali menyebabkan rasa gatal akan terasa.
 
 
Bahagian hujung saraf yang mula bersambung itu, akan membentuk jaringan saraf seperti normal sehingga luka yang awalnya tidak terasa akan mula terasa seperti biasa. Rasa gatal yang dialami merupakan petanda luka pembedahan Caesarean di bahagian dalam mula sembuh perlahan-lahan.
 
 
Selain daripada hujung saraf mula bersambung , bulu roma yang tumbuh di sekitar luka tersebut juga menandakan proses penyembuhan berlaku. Oleh kerana anda akan berasa sedikit terganggu, dengan kegatalan yang dialami, pastikan menggunakan sabun mandi yang lembut. Jangan terlalu menggosok kawasan luka tersebut.
 
 
Walaupun rasa gatal adalah normal, tetapi jangan dibiarkan sekiranya mencecah bulan keenam selepas kelahiran bayi. Segera berjumpa doctor untuk pemeriksaan lanjut.
 
 


No comments:

Post a Comment