Thursday 18 September 2014

Makanan perlu dielakkan sehingga bayi 2 tahun


Semakin bayi anda membesar, semakin dia berminat mahu mencapai dan merasa makanan yang anda makan. Anda juga semakin tidak sabar mahu memperkenalkan makanan baru kepada anak anda


Perlu diingat tidak semua makanan sesuai dengan bayi anda kerana ada antara makanan belum lagi sesuai dengan system penghadaman bayi anda yang belum matang dan juga boleh membawa kepada alahan . Tercekik juga adalah antara sebab kenapa sesetengah makanan tidak sesuai dimakan oleh bayi anda.







Makanan Yang Perlu Dielakkan : Baru Lahir Hingga 4 Atau Hingga 6 Bulan
  • Semua makanan pejal - Sistem penghadaman bayi belum dapat menghadam makanan pejal dengan sempurna


Makanan Yang Perlu Dielakkan : 4 Hingga 12 Bulan
  • Garam, gula, rempah-rempah yang pedas dan kuat -Sistem penghadaman bayi belum bersedia. Anda mungkin menghadapi masalah memberi anak anda makan makanan yang berkhasiat jika anak anda jika anak anda diperkenalkan rasa manis gula terlalu awal.

  • Makanan yang telah diproses - Sup, sayur dan buah-buahan dalam tin mengandungi gula yang tinggi.

  • Putih telur - Bayi boleh makan kuning telur. Tetapi anda perlu tunggu sehingga bayi berumur sekurang-kurangnya setahun untuk memberinya putih telur, kerana risiko alahan putih telur adalah tinggi

  • Buah-buahan Citrus - Buah-buahan dan jus Citrus seperti oren, lemon dan anggur boleh menyebabkan alahan kepada bayi bawah setahun terutamanya jika terdapat sejarah alahan dalam keluarga. Buah-buahan citrus juga mengandungi asid yang tinggi dan boleh menyebabkan ruam yang pedih.

  • Madu - Walaupun madu sangat berkhasiat, tetapi ia tidak sesuai kepada bayi bawah umur setahun kerana boleh menyebabkan "botulism" yang boleh membawa kepada maut!

  • Susu lembu, susu kambing, susu soya dan semua produk susu yang tidak dipasteur - Teruskan dengan susu ibu atau susu formula sehingga bayi setahun. Bayi masih belum boleh menghadam protein dalam susu lembu dan kandungan mineral yang tinggi boleh merosakkan buah pinggang bayi. Ia juga tidak mempunyai semua khasiat yang bayi perlukan. Produk susu lain seperti yogurt dan keju boleh diambil hanya jika tiada sejarah alahan terhadap susu lembu dalam keluarga.

  • Makanan laut - Makanan laut terutama yang bercengkerang antara makanan yang mempunyai risiko alahan yang tinggi.

  • Gandum dan produk gandum - Kebanyakan bayi boleh menerima gandum ( dalam bijirin, roti atau biskut ) di dalam diet mereka apabila umur mereka 6-8 bulan. Tetapi anda boleh tunggu sehingga umurnya setahun jika anda risau akan masalah alergi.



Makanan Yang Perlu Dielakkan :  12 Bulan Hingga 24 Bulan
  • Susu rendah lemak - Bayi / kanak-kanak yang sedang membesar, memerlukan lemak dan kalori untuk tumbesaran. Selepas umurnya 2 tahun, anda boleh meberi susu rendah lemak jika anak anda terlebih berat. Berbincang dengan doktor anda seelok-eloknya.  

  • Lain-lain makanan yang mungkin bayi alah - Tunggu hingga umurnya setahun jika keluarga anda ada sejarah alahan terhadap apa-apa jenis makanan seperti jagung, soya, coklat. Jika sejarah alahan adalah teruk tunggu sehingga 3 tahun.

No comments:

Post a Comment